blog nie dah lama terbengkalai..

tiba2 rasa nak aktif blog..
aku tak tahu nak mula dari mana?..asal memang malas nk taip berjela2..aku selalu menjengah kat blog sepupu aku..wah..banyak yg dia citer pasal aku..tapi aku x komen apa2 pon..sekadar mengikuti perkembangan jer..kadang2 lawak la plak citer dia..tapi tu hakikat sebuah kehidupan...yg paling sengal adalah citer pasal JODOH..wakakakakakaka..memang sengal la citer tu...
tapi hakikat yg harus aku tahu adalah aku berani mencabar diri sendiri...
agak tak masuk akal plak..tapi apa boley buat..dah terlajak kata..bermula saat ini aku akan luahkan segala2 disini tanpa mendedahkan siapa aku sebenarnya...pada yang tahu siapa aku xper la..nk buat mcm mana?..

selamat membaca semua!...

Syair Siti Zubaidah & Perang di China


Baik parasnya bukan kepalang
Tubuhnya seperti emas cemerlang
Cahaya durjanya gilang-gemilang
Jika ditentang bagaikan hilang


Lemah lembut manis berseri-seri
Majlisnya tidak lagi terperi
Parasnya seperti anakan peri
Tiada berbanding di dalam negeri


Bertambahlah arif bijak laksana
Bijak bestari akal sempurna
Sifatnya lengkap tujuh laksana
Tiada berbanding barang di mana


Jikalau dicari dengan makrifat
Cukup kepadanya serba empat
Habis kepada sempurna sifat
Bandingnya itu sukar mendapat


Rambutnya panjang hitam lebatnya
Kening beralit dengan hitamnya
Mata hitam sangat hitamnya
Bulu matanya lentik sangat eloknya


Hidungnya mancung lehernya jijang
Pinggangnya ramping dadanya bidang
Loknya elok sederhana sedang
Sedap manis mata memandang


Puteri Zubaidah konon namanya
Patutlah nama dengan rupanya
Di negeri Irak sangat mashurnya
Seorang pun tiada tolok bandingnya  



RATU

SEHALUS SENTUHAN SUTERA
SEMERBAK BAK CENDANA
KAU KU GAMBARKAN LUKISAN JIWA
YANG MENDAMAIKAN SIANG DAN MALAM KU
KAU SINAR MATA PERMAIDANI CINTA
KAU MEMBUATKAN AKU LUPA DUNIA
SEDALAM LAUTAN SELUAS HAMPARAN
SETINGGI GUNUNG SEJAUH MENTARI
TETAP KAU KU NANTI
LIRIKAN MATA SENYUMAN TAWA
AKU BAGAIKAN MENGGILA
ANDAI ENGKAU MENJADI SURI
AKAN KAU KU SANJUNG TINGGI..
AKAN AKU SERAHKAN JIWA RAGAKU
AKAN AKU BERKORBAN NYAWA
AKAN AKU SUMPAH SETIA
AKAN AKU MENURUT RELA
KINI ENGKAU BERLALU PERGI
TIADALAH ERTI HIDUP INI
BAGAI TIADA BERNYAWA LAGI
BAGAI RUNTUH LANGIT YANG TINGGI
SEAKAN GELAP DUNIAWI
BAGAIKAN KOSONG JIWAKU INI
KAU RATU DI SINGGAH SANA ORANG KINI

MENCARI ADAM

DI PENJURU ITU AKU BERDIRI
SETIAP PELABUHAN AKU SINGGAHI
BERPIJAKKAH AKU DI BUMI NYATA
ATAUKAH HANYA FANTASI
ADAM SAUJANA MATA MEMANDANG
ADAM SELUAS PERMATA ALLAH
ADAM SEINDAH LUKISAN KALAM
ADAM YANG PENCINTA
HANYA ADAM DAMBA KEPADA PECIPTA
SUKAR MENCARI ADAM YANG SATU
ADAM YANG AKU CARI BAGAIKAN HANYA MIMPI
KECEWA DI PELABUHAN ITU
LALU AKU TERUS MELANGKAH
MENINGGALKAN KELASI ADAM ITU
TERUS MENCARI ADAM YANG BERTAQWA
KEKOSONGAN HATI BAGAI DI LAYARI
SEPERTI KAPAL YANG TIDAK BERNAHKODA
SEPERTI HATI YANG SEAKAN MATI
SEPERTI BUMI YANG TIADA MENTARI
SEPERTI JASAD YANG TIDAK BERNYAWA
SEKETIKA BAGIKU HANYALAH
BAGAIKAN HAWA YANG TIADA ADAM